Monday, June 1, 2020

ADAKAH PEMANDU MABUK WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN BERAT?


Oleh : Muhammad Naim Bin Sadoon
Tarikh : 2 Jun 2020

          Mutakhir ini, isu pemandu mabuk semakin membimbangkan. Hampir setiap minggu kita disajikan dengan kes kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.
.
         Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menujukkan 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sepanjang lima bulan pertama tahun ini dengan lapan mangsa kehilangan nyawa. 
.
         Semua pihak perlu berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam berhadapan isu ini. Kesan daripada tindakan memandu di bawah pengaruh alkohol bukan hanya kepada individu tetapi kepada sosial masyarakat itu sendiri.
.
        Ketika ini, kesalahan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menetapkan hukuman penjara mandatori antara tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000. 
.
Hal ini bermakna, hukuman minimum ialah penjara tiga tahun dan denda sekurang-kurangnya RM8,000 di samping lesen memandu digantung dan pesalah tidak layak memohon lesen memandu selama lima tahun.
.
        Menurut Harian Metro bertarikh 30 Mei 2020 yang bertajuk “ PM mahu hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk”, harus disokong oleh semua masyarakat. 
.
Cadangan pihak kerajaan untuk meningkatkan hukuman tersebut merupakan suatu langkah yang baik supaya pisang tidak berbuah dua kali. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan pembayaran pampasan yang tinggi kepada waris jika mangsa yang meninggal ialah ketua keluarga.
.
        Memang tidak dapat dinafikan, terdapat peruntukan undang-undang khusus mengenai konsep ini (ganti rugi atau pampasan) iaitu di bawah Seksyen 432 Kanun Acara Jenayah di negara ini. Namun peruntukan ini perlu dikaji semula termasuk memberi ruang kepada pihak mangsa atau waris mangsa menentukan kadar ganti rugi yang wajar. 
.
Kajian juga perlu dilakukan supaya mekanisme pembayaran pampasan itu bersesuaian dengan kaedah yang diguna pakai hari ini iaitu insurans dan takaful.
.
       Dalam keadaan negara-negara dunia memandang serius akan isu ini, kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja. Sebagai contoh di United Kingdom, hukuman penjara sehingga 14 tahun boleh dikenakan bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian kepada pengguna lain. 
.
Di Taiwan pula, sudah ada undang-undang memperuntukkan hukuman mati kepada pemandu mabuk menyebabkan kematian. Kita juga perlu bergerak maju supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
.
           Kesimpulannya, memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan perkara yang tidak bermoral malah ditegah oleh agama Islam dan wajar dikenakan hukuman berat. Islam amat menitikberatkan penjagaan nyawa dan akal manusia. Kedua-dua perkara tersebut boleh rosak disebabkan alkohol. 
.
Penjagaan nyawa dan akal ini bertepatan dengan maqasid atau tujuan syariat itu sendiri iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Sunday, August 5, 2018

KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU TUALANG ASLI AL-AZHAR


KENAPA ANDA PERLU MEMILIH MADU TUALANG ASLI
AL-AZHAR?

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<++>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






ADA BANYAK SEBAB PENTING KENAPA MADU TUALANG ASLI AL-AZHAR MENJADI PILIHAN SEMUA
========================================================================

  >>>>>PERTAMANYA<<<<<
              ============

AMALAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Makan madu , dapat pahala..alhamdulilah syukur..pahala percuma ALLAH bagi..inshaaAllah.

MADU LEBAH MENURUT ISLAM
==========================
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

>>>>>KEDUANYA<<<<<<
             =========

Madu Tualang Asli AL-AZHAR merupakan madu lebah Asli "NATURAL" bersumber dari NEKTAR bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan diolah menjadi madu lebah oleh LEBAH LIAR hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah AL-AZHAR ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi GIZI, RASA, WARNA dan AROMAnya lebih KOMPLEKS dan UNGGUL dibanding madu lebah yang berasal dari lebah TERNAK yang bersumber dari SATU jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

>>>>>SETERUSNYA<<<<<<
             ===========



KHASIAT MADU TUALANG ASLI AL-AZHAR
=====================================
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat diCEGAH dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli AL-AZHAR secara KONSISTEN adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat Madu Tualang Asli AL-AZHAR yang perlu anda ketahui. Antaranya ialah:

•dapat menambahkan STAMINA dan membekalkan TENAGA
•boleh dijadikan sebagai SUMBER tenaga
•dapat meningkatkan METABOLISME tubuh
•mengandungi ageN ANTIOKSIDAN yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
•dapat melancarkan PEREDARAN darah
•dapat melancarkan sistem PENCERNAAN
•dapat meningkatkan semangat SEKSUAL atau tenaga batin
•digunakan sebagai mengubati LUKA-LUKA
•sesuai untuk kecantikan dan menjadikan KULIT lebih LICIN dan HALUS
- Mengandungi vitamin A, B, C & E


>>>>>>>>DAN SETERUSNYA<<<<<<<<<<
                   ===============

KAMI datangkan kepada anda dengan harga "KASIH SAYANG" Harga yang ditawarkan :


  ===============

RM 60.00 / 520 GM

===============
(Harga termasuk kos penghantaran)

Jaminan PULANG 100% jika anda tidak berpuas hati terhadap KEASLIANNYA..

SELAMAT MENCUBA
MADU TUALANG ASLI AL-AZHAR
============================

"DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN"

BERMINAT UNTUK MENJADI STOKIS/PENGEDAR/DROPSHIP?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Diskaun 20%-40%
Consignment juga disediakan untuk pelanggan yang mempunyai premis perniagaan

HUBUNGI
=================

PM segera ---> www.wasap.my/601120558112/madutualang


Ustaz Naim Sadoon
0112-055 8112 (Call/Whatsapp)
Facebook : Ustaz Naim Sadoon
Instagram : naim_uns
Email : ertisyukur93@gmail.com


Thursday, July 26, 2018

Adab & Sunnah Hari Jumaat

1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)

Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)


 

Ahmad Sanusi Husain  
CEO & Principal Consultant - Alfalah Consulting

Kenapa ramai orang tak baca Al-Quran ?

Sebab rialitinya ramai org tak pandai baca Al-Quran.

Sangat rugi apabila kita tidak belajar Al-Quran. Antara amalan yg Allah tidak tolak adalah Al-Quran.

Bila mati nanti.. Ruuugiii sangat apabila kita tak dapat syafaat dari Al-Quran. Ramai org kita, bahasa inggeris boleh, bahasa cina boleh.. Bahasa Al-Quran tak boleh. Bukan sebab tak mampu.. Tapi tak nak pergi belajar pun..

Bila pergi mengaji Al-Quran, ustaz kenakan bayaran mula kata ustaz jual agama..

Solusinya..

Rajin-rajin dengar Bacaan Al-Quran, buka Chanel Al-Quran di TV mahupun Radio. Dengar melalui telefon. Jadikan Al-Quran sebagai hiburan. Berapa ramai org kita bila sedih pasang lagu jiwang.. Ubah sikap untuk jadikan Al-Quran sebagai pengubat jiwa.

Cari ustaz-ustaz untuk belajar Al-Quran, kalau segan nak ke Masjid atau Surau ada rezeki lebih boleh jemput ustaz datang rumah ajar mengaji secara personal. Bayar lebih sikit tidak mengapa jangan berkira sangat sebab Al-Quran itu lebih mahal dari semua harta yg kita ada.

#Ingatan_Sayang

*UNS*

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Jemput share :)

ADAKAH PEMANDU MABUK WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN BERAT?

Oleh : Muhammad Naim Bin Sadoon Tarikh : 2 Jun 2020           Mutakhir ini, isu pemandu mabuk semakin membimbangkan. Hampir setiap minggu ki...