Thursday, July 26, 2018

Adab & Sunnah Hari Jumaat

1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)

Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)

Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”

(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)


 

Ahmad Sanusi Husain  
CEO & Principal Consultant - Alfalah Consulting

Kenapa ramai orang tak baca Al-Quran ?

Sebab rialitinya ramai org tak pandai baca Al-Quran.

Sangat rugi apabila kita tidak belajar Al-Quran. Antara amalan yg Allah tidak tolak adalah Al-Quran.

Bila mati nanti.. Ruuugiii sangat apabila kita tak dapat syafaat dari Al-Quran. Ramai org kita, bahasa inggeris boleh, bahasa cina boleh.. Bahasa Al-Quran tak boleh. Bukan sebab tak mampu.. Tapi tak nak pergi belajar pun..

Bila pergi mengaji Al-Quran, ustaz kenakan bayaran mula kata ustaz jual agama..

Solusinya..

Rajin-rajin dengar Bacaan Al-Quran, buka Chanel Al-Quran di TV mahupun Radio. Dengar melalui telefon. Jadikan Al-Quran sebagai hiburan. Berapa ramai org kita bila sedih pasang lagu jiwang.. Ubah sikap untuk jadikan Al-Quran sebagai pengubat jiwa.

Cari ustaz-ustaz untuk belajar Al-Quran, kalau segan nak ke Masjid atau Surau ada rezeki lebih boleh jemput ustaz datang rumah ajar mengaji secara personal. Bayar lebih sikit tidak mengapa jangan berkira sangat sebab Al-Quran itu lebih mahal dari semua harta yg kita ada.

#Ingatan_Sayang

*UNS*

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Jemput share :)

ADAKAH PEMANDU MABUK WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN BERAT?

Oleh : Muhammad Naim Bin Sadoon Tarikh : 2 Jun 2020           Mutakhir ini, isu pemandu mabuk semakin membimbangkan. Hampir setiap minggu ki...